Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Apam Balik (Homemade)

author name

📄 ,

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih yang popular. Apam balik banyak dijual digerai tepi jalan, ada dua jenis apam balik yang dijual. Pertama jenis garing dan rapuh, manakala satu lagi ialah jenis tebal dan lembut. Kedua ini amat sedap dan mempunyai peminatnya tersendiri.

Apam balik biasanya mempunyai inti jagung krim,gula dan kacang tanah. Namun kini apam balik mempunyai pelbagai isian inti, anda boleh mencubanya sendiri. Berikut adalah bahan yang diperlukan yang anda boleh dapati dikedai berdekatan.

Resepi Apam Balik

Bahan basah

  • ¾ cawan susu segar
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu besar mentega yg telah dicairkan dahulu

Bahan kering

  • 1 cawan tepung gandum ( all-purpose flour )
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil garam
  • Bahan inti
  • Kacang tanah tumbuk 
  • Jagung krim dalam tin
  • Gula pasir 
  • Butter

Kaedah

  • Mula-mula campurkan susu dan cuka bersama-sama, biarkan selama 5 minit.
  • Kemudian tambahkan mentega cair dan telur, kacau agar ia sebati.
  • Selepas itu tambahkan semua bahan kering ke dalam mangkuk yang besar. Kacau agar ia sebati, kemudian tambahkan bahan-bahan basah yang telah digaul sebati tadi.
  • Kacau menggunakan hand whisk hingga semua bahan sebati hingga adunan berlipat-lipat. Ketepikan seketika.
  • Panaskan kuali tidak melekat (non-stick pan). Griskan sedikit dengan minyak masak. 
  • Dengan menggunakan senduk kecil, tuangkan satu adunan dalam satu masa. 
  • Gunakan api yang kecil, tunggu hingga bahagian atas mulai berlubang-lubang taburkan gula pasir.
  • Kemudian tambahkan butter dan sapu rata guna sudu.
  • Selepas itu barulah taburkan kacang tumbuk dan jagung krim.
  • Apabila bahagian ini telah masak, lipat dua.
  • Terbalik agar kedua bahan dimasak garing.
  • Siap.

Ada juga orang yang meletakkan susu manis, cheese,coklat malah nuetella sebagai intinya. Jika anda membuatnya sendiri anda juga boleh memperlbagaikan intinya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *