Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Kumpulan Resepi Aiskrim Oreo (Anak-Anak Mesti Suka)

Tentang dessert, tidak lengkap rasanya kalau belum membincangkan aiskrim oreo. Aiskrim oreo merupakan dessert yang paling digemari terutamanya dalam kalangan anak-anak sebab rasanya yang sedap. Para ibu pula suka membuat aiskrim ini kerana peminatnya ramai, dan cara menyediakan amatlah mudah.

Aiskrim oreo pencuci mulut yang sempurna untuk hari-hari panas di Malaysia. Rasai segarnya aiskrim yang lazat dengan ketulan-ketulan biskut Oreo di setiap gigitannya. Membuat anda ketagih tidak tahu cara berhenti makan aiskrim ini.

Ayuh hadirkan kebahagiaan di rumah anda dengan menghidangkan aiskrim Oreo. Dengan membuat aiskrim Oreo sendiri, anda boleh sesuaikan rasa dan tekstur ikut selera. Kami hadirkan resepi-resepi aiskrim Oreo terbaik daripada laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Aiskrim Oreo Homemade

Imej via Facebook

Aiskrim Oreo memanglah kegemaran ramai. Pintu peti sejuk sentiasa terbuka kalau ibu buat aiskrim Oreo. Anak-anak memang ketagih dibuatnya. Resepi aiskrim Oreo dikongsikan oleh Siti Hawa Jaafar di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Susu Full Krim 400ml,
  • Whipping Cream 500ml,
  • Ovallet 2 sudu besar penuh,
  • Biskut Oreo yang dihancurkan, tapi saya guna “Oreo Small Crushed cookies pieces” macam dalam gambar.
  • Esen Vanila 1 sudu besar,
  • Gula 9 sudu.

Cara-cara :

  1. Campur semua dan putar guna mixer sampai kembang gebu.
  2. Kemudian masukkan dalam bekas aiskrim, boleh dapat 3 bekas aiskrim dengan resepi ini.
  3. Boleh tabur biskut Oreo yang dihancurkan tadi atau ingin tabur coklat rice atau milo.
  4. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

Aiskrim cappucino Oreo

Imej via Facebook

Siapa suka kopi dimakan dengan biskut Oreo? Tapi kali ini berkelainan sebab kita akan hidang dalam bentuk aiskrim. Penyuka kopi mesti suka aiskrim ini. Ayuh cuba resepi daripada Norhamisudah Abdul Hamid di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 3 tin susu cair,
  • 2 tin susu pekat,
  • 12 tin air penapis,
  • 5 sudu gula,
  • 3 sudu tepung jagung dibancuh,
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara :

  1. Masak bahan asas susu, saya masak biasa.
  2. Masukkan Oreo crush ke dalam plastik aiskrim.
  3. Jika susu sudah mendidih, masukkan cappucino emulco. Kacau hingga sebati.
  4. Tunggu susu sejuk baru masukkan dalam plastik

Resepi Aiskrim Oreo Comel

Imej via Facebook

Buat stok aiskrim Oreo untuk anak-anak. Kalau mahu senang letak dalam bekas kecil-kecil senang makan dan bentuk pun comel. Resepi dikongsikan Zuhaidar Mohd Sofi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair,
  • 5 sudu besar susu pekat,
  • 2 sudu besar ovalet,
  • 1 sudu besar tepung jagung,
  • 1 sudu teh esen vanilla.
  • 1 paket biskut Oreo, separuh diblend sekali, separuh tabur di atas aiskrim nanti.

Cara-cara :

  1. Mixer semua bahan hingga gebu selama lebih kurang 20 minit dengan kelajuan paling maksimum.
  2. Lalu masukkan separuh Oreo yang diasingkan tadi dan pukul sampai sebati.
  3. Masukkan dalam bekas, tabur separuh Oreo tadi.
  4. Sejukkan.

Aiskrim Oreo Homemade Premium

Imej via Facebook

Seterusnya Ika Zla berkongsi resepi aiskrim Oreo homemade yang mudah dan cepat. Simpan dalam bekas besar boleh makan satu keluarga.

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair,
  • 1 sudu besar ovalette,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • 1 bungkus Oreo (asingkan cream dan biskut, separuh biskut blend kasar, ingin patah-patahkan pun boleh, separuh lagi blend halus).

Cara-cara :

  1. Masukkan susu cair, susu pekat, esen vanila dan ovalette kemudian pukul guna mixer sampai gebu selama lebih kurang 20 minit dengan kelajuan paling maksimum.
  2. Kemudian masukkan cream Oreo yang telah diasingkan dan pukul lagi sampai sebati.
  3. Masukkan dalam bekas dan tunggu beku.

Resepi Aiskrim Oreo Mudah

Imej via Facebook

Pertama kali buat aiskrim Oreo ini. Bahan mudah tapi memang sedap anak-anak suka. Tidak perlu beli aiskrim di kedai selepas ini. Resepi dikongsikan oleh Solihah Mohamad di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 ½ cawan susu cair/susu segar,
  • 1/2 tin susu pekat,
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 1 paket Oreo (buang krim dan hancurkan jangan halus sangat).

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan kecuali Oreo, putar sampai betul-betul gebu (lebih kurang 15-20 minit).
  2. Masukkan Oreo. Gaul rata dan bekukan paling kurang 8 jam.

Resepi Aiskrim Oreo Simple

Imej via Facebook

Resepi kali ini amat mudah dan mesra pemula. Jom biar tidak penasaran, ayuh cuba resepi Nur Hafiza yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 ½ gelas susu cair (saya guna susu Full Cream),
  • Setengah kotak whipping cream,
  • 1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing-masing),
  • 1/2 tin susu sejat,
  • 1 sudu besar ovalette ,
  • 1 sudu teh esen vanilla,
  • Pewarna kuning telor,
  • Isi durian (dalam 12 ulas),
  • Oreo serbuk, kalau tidak ada yang serbuk blend yang sekeping-sekeping, kuantiti ikut suka ya.

Cara-cara :

  1. Campurkan kesemua bahan dan pukul sampai kembang dan gebu.
  2. Masukkan serbuk Oreo dan putar supaya rasa Oreo sebati.
  3. Taburkan serbuk Oreo di atas ais krim.
  4. Masukkan ke dalam freezer sampai beku.

Vanilla Oreo Icecream Ala Mcflurry

Imej via Facebook

Siapa anak-anak atau keluarga suka makan aiskrim boleh cuba resepi ini. Saya sudah cuba masak sendiri, hasil resepi ini creamy dan sedap setanding jenama terkenal. Lagi jimat lagi berbaloi. Resepi daripada Ekyn Aisyah di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Dairy Whipping cream* 400g,
  • Susu pekat* 4 sudu besar (ikut tahap kemanisan masing-masing)
  • Susu full cream* 5sudu besarm
  • Ovalet* 1 sudu besar,
  • Esen vanila*,
  • Sedikit garam* (untuk seimbangkan rasa manis dan rasa berlemak),
  • Biskut Oreo perisa vanila (untuk dijadikan crumbs dan toppings).

Cara-cara :

  1. Campurkan kesemua bahan bertanda * dalam satu mangkuk. Adun kesemua bahan meggunakan mixer sampai gebu dan ketepikan.
  2. Ambil 5-6 keping biskut Oreo dan hancurkan, gaulkan dalam adunan tadi.
  3. Tuang dalam bekas yang sesuai. Deko mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Sedia untuk dibekukan 5-6 jam atau semalaman.
  5. Memang laku keras.

Resepi Aiskrim Oreo Semudah ABC

Imej via Facebook

Buat stok aiskrim untuk anak-anak. Membuat aiskrim hanya semudah ABC. Buat semalamam, esok tengahari boleh minum untuk sejukkan tekak. Resepi dikongsikan oleh Hafisah Mat Noor di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 1 ½ cawan susu dutch lady,
  • 1/2 cawan susu pekat,
  • Beberapa keping biskut Oreo,
  • 1 sudu besar ovelette,
  • 1 sudu kecil esen vanilla.

Cara-cara :

  1. Satukan susu dutch lady, susu pekat, ovelette dan esen vanila ke dalam satu bekas, putar adunan tersebut meggunakan mixer.
  2. Putar adunan tersebut selama 20 minit.
  3. Blend beberapa keping biskut Oreo sehingga hancur.
  4. Masukkan biskut Oreo yang telah dihancurkan ke dalam bekas adunan.
  5. Kacau adunan sehingga rata.
  6. Keraskan adunan tersebut di dalam peti ais semalaman.
  7. Taburkan lebihan biskut Oreo yang dihancurkan sebagai hiasan.

Aiskrim Oreo 2 Bahan

Imej via Facebook

Kalau anak anda suka paw beli aiskrim boleh cuba buat sendiri resepi ini. Terpaling mudah di alam semesta. Tak perlu mixer, tak perlu bancuh. Resepi guna 2 bahan sahaja. Ayuh cuba resepi daripada Khalida Kharudin yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Biskut Oreo patah-patahkan,
  • Susu minuman perisa kurma atau apa-apa perisa.
  • Acuan aiskrim boleh beli di kedai Eco.

Cara-cara :

  1. Patah-patahkan biskut Oreo dan masukkan terus dalam bekas aiskrim,
  2. Kemudian masukkan susu.
  3. Bekukan semalaman. Siap

Aiskrim Oreo Bikin Ketagih

Imej via Facebook

Musim panas lit-lit sekarang ini memang paling terbaik dapat minum aiskrim sejukkan tekak. Siapa yang suka makan aiskrim boleh cuba resepi daripada Erah Syahirah yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • Susu fullcream 2 cawan,
  • Susu pekat 5 sudu besar,
  • Ovalett 1 sudu besar,
  • Essen vanila 1 sudu kecil.

Cara-cara :

  1. Putar semua bahan hingga kembang (lebih kurang 15 minit.)
  2. Ingin lagi manis tambah susu.
  3. Jika sudah siap tabur Oreo dan letak dalam peti.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Aiskrim Oreo, kami juga menulis resepi menarik lain. Jemput baca dan mencubanya, jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!