Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Aiskrim Goreng 2 Bahan Senang Giler

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi pencuci mulut yang agak unik. Ia menggunakan 2 bahan ringkas sahaja ia iaitu aiskrim bersama roti putih sahaja. Aiskrim goreng ini jarang dijual dipasaraya sebaliknya anda boleh mencarinya direstoran mamak! Keenakannya terasa apabila roti panas yang digoreng mempunyai inti aiskrim yang sejuk, manis dan berlemak digigit hingga meleleh keluar intinya. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ringkas ini berikut adalah bahan-bahan yanh digunakan.

Bahan-bahan

  • Roti putihĀ 
  • Aiskrim (apa-apa perisa )
  • Ambil sekeping roti dan letakkan aiskrim secukupnya di tengah-tengah roti.
  • Kemudian ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
  • Ambil cawan plastik dan tekap pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi. Pastikan roti ditekap dengan kuat. Jika ada lubang dekat tepi roti, tekan supaya roti tertutup dengan kemas bagi memastikan aiskrim tidak terkeluar sewaktu digoreng nanti.
  • Dah siap tekap roti, letakkan di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk beku dan biarkan paling kurang 1 jam.Ā 
  • Untuk menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas, barulah masukkan roti aiskrim yang dibekukan tadi.Ā 
  • Goreng sekejap sahaja anggaran 5 saat sahaja.
  • Hidang segera!

Hidangan ini boleh dibuat awal dan simpan didalam petias beku, gunakan aiskrim mahal untuk mendapatkan rasa yang lebih premium. Aiskrim ini perlu digoreng sebentar sahaja, hanya untuk mendapatkan warna garingnya. Gigitan pertama pasti menambat rasa kerana keasyikannya. Hidangkan untuk tetamu anda dan terimalah pujian atas keenakannya. Selamat mencuba!Ā 

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!