Resepi Agar-Agar Santan Keladi (Nyaman Di Tekak)

Tengah hari panas-panas, memang paling sedap kalau dapat makan pencuci mulut yang segar. Agar-Agar santan keladi ialah antara pencuci mulut yang nyaman di tekak.

Panas-panas makan agar-agar keladi, nyaman sungguh boleh sejukkan badan luar dan dalam. Sejukkan dalam peti, makan masa dah keras, super segar. Warna ungu yang cantik sangat mengundang selera, anak-anak mesti suka.

Kali ini kami datangkan resepi agar-agar keladi semudah ABC yang dengan berbesar hati dikongsikan oleh NoorIdayu Jafri‎‎ di laman Facebook. Main campak-campak bahan agar-agar, air, gula, perisa keladi, telur dan santan. Sila cubakan dessert segar dan mudah ini sekarang.

Resepi Agar-Agar Keladi

agar-agar keladi
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kotak santan kelapa (tidak kisah jenama apa),
  • Agar-agar (sukatan air ikut plastik agar-agar),
  • Telur 1 biji,
  • Gula (ikut kemanisan masing-masing),
  • Perisa keladi ½ cawan.

Cara-cara :

  1. Masukkan agar-agar, air dan gula kedalam periuk, masak sehingga semua bahan larut.
  2. Kemudian masukkan perisa keladi dan kacau sehingga larut.
  3. Kemudian masukkan telur dan santan ke dalam bekas dan kacau.
  4. Masukkan campuran telur dan santan ke dalam periuk tadi.
  5. Terus masak menggunakan api yang perlahan dan kacau dalam 10 minit.
  6. Siap dan tuangkan ke dalam bekas plastik.

    agar-agar keladi
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi agar-agar keladi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Leave a Comment