agar-agar-lumut

Resepi Agar – Agar Lumut (Sekali Makan Nak Lagi!)

Agar – agar lumut merupakan salah satu pencuci mulut yang amat lazat, yang pasti dimakan berkali kali. Rasanya berlemak, ditambah dengan rasa manis dan harum pandan pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Cara pembuatannya tidaklah sukar, ianya mudah untuk disediakan serta bahannya juga mudah untuk didapati. Agar – agar lumut juga amat sesuai dihidangkan kepada semua lapisan umur.

Resepi ini dikongsikan oleh Nonie Nuar dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau. Jom kita lihat!

Resepi Agar – Agar Lumut

agar-agar-lumut
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 25g agar-agar tali
  • 6 helai daun pandan – dibersihkan dan potong 1 inci
  • 1 cawan santan pekat
  • 800 ml air
  • 600 ml air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh garam
  • 11 sudu makan gula

Cara – cara memasak:

  • Masukkan agar-agar tali dan 800 ml air ke dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
  • Sementara itu, kisar daun pandan dan 600 ml air. Tapis air pandan tadi.
  • Perah dan buang hampas daun pandan.
  • Bila agar-agar sudah larut, masukkan air daun pandan. Biarkan mendidih.
  • Masukkan gula, dan kacau hingga gula larut.
  • Pecahkan telur, kacau dengan garfu hingga rata.
  • Masukkan santan pekat dan garam. Kacau lagi.
  • Bila gula sudah larut, masukkan campuran santan tadi. Kacau sentiasa hingga mendidih. Tutup api.
  • Masukkan agar-agar ke dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk seketika, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Previous Article
sup-tulang-lembu

Resepi Sup Tulang Lembu (Idea Makan Malam!)

Next Article
sambal-ikan-bilis-melaka

Resepi Sambal Ikan Bilis Melaka (Pedas Mengancam!)