jeruk ikan masin

Resepi Acar Ikan Masin Bersama Buah Masam Manis Masin Sedap Sangat

Acar merupakan hidangan penambah perasa yang enak dimakan bersama nasi putih ataupun nasi minyak. Oleh kerana ianya adalah hidangan penambah perasa, ia seharusnya boleh dimakan bila – bila masa sahaja. Gula dan cuka makan amat penting di dalam hidangan ini kerana ianya adalah ejen pengawet yang membuatkan acar lebih tahan lama.

Acar terdapat pelbagai jenis antaranya adalah acar buah dan acar ikan masin. Kali ini kami bawakan resepi acar ikan masin yang menggunakan ikan talang masin. Ikan talang masin merupakan ikan masin yang mempunyai rasa lemak dan lebih sedap untuk dibuat acar. Hidangan ini juga menggabungkan bahan seperti bijan bagi menaikkan lagi aroma kelazatannya.

Resepi ini dikongsikan oleh Intan Haryati dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat resepinya!

Resepi Acar Ikan Masin

jeruk ikan masin
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit halia
  • Cili kering yang sudah direbus dan dibuang biji
    [semua bahan-bahan ini dikisar]
  • Resepi rahsia – jintan manis (halus) – dikisar halus
  • Garam
  • Gula
  • Cuka Makanan
  • Segala jenis asam yang disukai:
    – bawang jeruk
    – lobak masin
    – kismis
    – cili burung
  • Ikan talang masin
  • Bijan yang disangai
jeruk ikan masin 2
Imej via Facebook

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bawang-bawang dan cili yang telah dikisar.
  2. Setelah cili cukup masak dan dah naik minyaknya, masukkan jintan manis. Tumis sampi naik bau.
  3. Masukkan segala jenis asam, bawang jeruk atau lobak masin yang digemari.
  4. Masukkan cuka, garam dan gula. Masukkan sikit demi sedikit supaya rasanya sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan bijan yang telah disangai. Simpan sedikit untuk hiasan.
  6. Dah siap!

Tips:

  1. Selalunya acar buah ni, lebih sedap dimakan sehari selepas kita membuatnya.
  2. Boleh tahan 3-6 bulan di suhu bilik – cara ambilnya mestilah dengan sudu yang kering.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Total
0
Shares
Previous Article
ayam kari hijau

Resepi Ayam Kari Hijau Unik Tapi Rasa Gerenti Memukau

Next Article
ikan kembung sumbat sambal

Resepi Ikan Kembung Sumbat Resepi Bujang Paling Simple dan Enak