Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Acar Buah (Enak Dimakan Bersama Nasi!)

author name

Acar buah biasanya dihidang bersama dengan nasi beriani. Ianya merupakan kombinasi yang terbaik dan pasti menarik hati yang merasainya. Acar buah juga merupakan hidangan yang popular diwaktu majlis perkahwinan. Tetapi, anda juga boleh menyediakannya dirumah!

Cara pembuatan acar buah tidak sukar untuk disediakan. Ianya juga lebih ringkas daripada hidangan lain. Selain itu, acar buah juga menggunakan bahan yang mudah untuk didapati.

Resepi ini dikongsikan oleh Sharifah Nurul Shahida dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Acar Buah

acar-buah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 450g Buah-buahan jeruk @ kering
  • 10-15 Biji Bawang merah kecil
  • 10 biji bawang putih (di belah dua)
  • 15-20 biji cili padi(jangan buang tangkai)
  • 100gm cili kering (di rebus & di kisar)
  • 4biji bawang besar (di kisar halus)
  • 1 mangkuk kecil lobak masin yg di potong dadu.
  • 1 mangkuk kecil gula (suka manis boleh tambah)
  • 1 mangkuk kecil sos cili
  • 1 mangkuk kecil cuka
  • 1 mangkuk kecil air
  • 2 sudu teh garam.
  • 1 mangkuk kecil minyak.

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & cili yang di kisar.
  2. Kacau hingga naik minyak.
  3. Kemudian, masukkan sos cili & air.
  4. Masukkan lobak masin, bawang merah, bawang putih, cili padi, cuka, garam & gula.
  5. Tumis lagi sehingga naik bau dan agak kekeringan.
  6. Kemudian masukkan buah-buahan jeruk kering.
  7. Kacau masak sampai pekat.
  8. Akhir sekali boleh tabur biji bijan.
  9. Siap dihidang

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

One response to “Resepi Acar Buah (Enak Dimakan Bersama Nasi!)”

  1. Rashidah Avatar
    Rashidah

    Sedappp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *