Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Abok Abok (Kuih Tradisional )

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih tradisional yang telah lama menjadi kegemaran orang Melayu. Kini kuih abok abok ini mula dilupai oleh generasi kini, walaupun ia mempunyai rasa yang sangat sedap. Ini kerana kebanjiran pencuci mulut yang banyak dari luar negara.

Kuih abok-abok mendapat namanya kerana apabila isi sagu apabila dicampur dengan kelapa parut, Ia seperti abok-abok. Didalamnya ada inti yang diperbuat dari gula merah. Kali ini Madam akan kongsikan resepi kuih abok abok, bahan-bahannya seperti berikut.

Resepi Abok Abok (Kuih Tradisional )
Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan sagu
  • 1 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah
  • 3 sudu makan gula perang
  • Secubit garam
  • Daun pisang secukupnya 

Kaedah

  • Cuci sagu di dalam penapis dan toskan
  • Gaul dengan semua bahan kecuali gula
  • Sediakan kelongsong daripada daun pisang.
  • Sapu minyak pada kelonsong tersebut. 
  • Masukkan sebahagian adunan sagu dan tekan2 sedikit sambil dibuat lubang sekeliling (jangan sampai kedasar acuan) utk letak gula
  • Campur gula merah dan gula perang. Masukkan ke dalam lubang tadi dan tutup dengan sebahagian lagi adunan sagu.
  • Padatkan adunan dan kukuslah sehingga masak (20 hingga 25 minit)

Rasa kuih abok-abok ini adalah kenyal kerana sagu tidak dikukus terlalu lama. Ia juga tidak terlalu manis kerana gula yang digunakan juga sedikit sahaja. Oleh itu ia sangat sesuai untuk semua lapisan umur. Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi kuih tradisional ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!